Tuesday 17 April 2012

Punca berlakunya pencemaran air


Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun, air semakin hari semakin tercemar. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan. Pelarut-pelarut ini senang mencemarkan air dan sumber air kita. Kini, banyak punca air kita tercemar sehingga didapati bahawa jika tiada sebarang langkah diambil ia mungkin memudaratkan kehidupan manusia.
Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup. Langkah-langkah perundangan penting dalam menangani masalah ini. Kesedaran melalui pendidikan alam sekitar juga dapat membendung fenomena ini.


sumber : mazlan66

Sunday 15 April 2012

Khasiat Air Kosong



Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makanatau minum untuk tempoh dua jam.

• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. 1. Tekanan darah tinggi – 30 hari 2. Gastrik – 10 hari 3. Diabetes – 30 hari 4. Sembelit – 10 hari 5. Kanser – 180 hari 6. Tibi – 90 hari. Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


sumber : BSK

Wednesday 11 April 2012

Kepentingan makanan berkhasiat

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Sumber dari berita harian

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun masih ramai yang tidak mengambil perkara ini secara serius  sehingga ditimpa penyakit-penyakit popular seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat dan kurang bersenam.

Amalkan beberapa tips diet seimbang ini insyallah kita beroleh kesihatan yang maksimum.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah

Buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri. Zik pun tak sure, vitamin apa.

2. Banyakkan juga memakan Kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat,
perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.

Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.

Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.

Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buahbuahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan kita.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.

Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

-Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
-Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja
-Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan
-Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam)
-Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis)
-Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam


Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).


sumber : zikrihusaini

Sunday 8 April 2012

Kepentingan Air dalam Badan

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)

Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)

Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.


sumber : kms

Thursday 5 April 2012

Keselamatan air dan Makanan

Pada separuh kedua abad ke-20, penduduk dunia mempunyai peningkatan dua kali ganda, pertanian menggandakan pengeluaran makanan dan negara-negara membangun meningkat setiap makanan kapita penggunaan sebanyak 30 peratus. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama memberi makan dunia dan menghasilkan pelbagai tanaman bukan makanan seperti minyak kapas, getah dan industri dalam cara yang semakin produktif, pertanian juga mengesahkan kedudukannya sebagai pengguna terbesar air di dunia. Pengairan kini mendakwa hampir 70 peratus daripada air tawar semua diuntukkan bagi kegunaan manusia.

Dalam konteks pertumbuhan demografi, peningkatan persaingan untuk air dan perhatian yang lebih baik kepada isu alam sekitar, air untuk makanan masih menjadi isu teras yang tidak lagi boleh ditangani melalui sektor sempit pendekatan. Bentuk baru pengurusan air dalam pertanian, termasuk pertanian rainfed dan pengairan kawasan tadahan air, pengurusan, perikanan darat dan akuakultur, dan ternakan dan pengurusan rangeland perlu diteroka dan dilaksanakan dengan cara yang komprehensif. Petani di pusat mana-mana proses perubahan dan perlu digalakkan dan dibimbing melalui sesuai insentif dan amalan tadbir urus, untuk memelihara semulajadi ekosistem dan biodiversiti dan meminimumkan mereka kesan negatif, matlamat itu hanya akan dapat dicapai jika dasar yang bersesuaian. Pengairan institusi mesti bertindak balas terhadap keperluan petani, memastikan dan penghantaran boleh dipercayai air, meningkatkan ketelusan dalam yang
pengurusan, dan pengimbangan kecekapan dan ekuiti dalam akses air. Ini akan memerlukan perubahan dalam sikap tetapi juga pelaburan yang disasarkan dalam pemodenan infrastruktur, penyusunan semula institusi dan menaik taraf teknikal kapasiti pengurus petani dan air. Yang penting kepada peranan air dalam mencapai
keselamatan makanan luar bandar Sektor pertanian hari ini menghadapi satu siri kompleks

cabaran: menghasilkan lebih banyak makanan kualiti yang lebih baik manakala menggunakan air kurang seunit output; menyediakan penduduk luar bandar dengan sumber dan peluang untuk hidup yang sihat hayat produktif; menggunakan teknologi bersih yang memastikan kemampanan alam sekitar dan menyumbang dalam satu cara yang produktif kepada ekonomi tempatan dan kebangsaan. FAO program air dibentuk di sepanjang garis yang ditentukan oleh cabaran-cabaran baru ini, untuk lebih responsif kepada
keperluan negara-negara anggota.

Meningkatkan pada-air pengurusan ladang: menghasilkan lebih kurang dengan air
FAO menghasilkan dan mengekalkan tanaman produktiviti air
model bagi permohonan di peringkat lapangan dan untuk senario
analisis mengenai kesan pemanasan global.

Meningkatkan prestasi perkhidmatan pengairan
FAO telah membangunkan satu pakej latihan multi-bahasa
untuk pemodenan dan pemulihan besar-besaran
skim pengairan dan telah digunakan di 20 buah negara.

Menambahkan bekalan: penggunaan bukan konvensional perairan
FAO mengiktiraf kepentingan guna semula saliran
air dan penggunaan sumber air yang berkualiti sedikit,
seperti air sisa dirawat dan air payau,
terutama di zon gersang dan separa-gersang air
negara berkurangan dan berkembang pesat peri-bandar
tetapan.

Penuaian Air
FAO menggalakkan penuaian air sebagai salah satu daripada
teknik dengan potensi tertinggi untuk meningkatkan rainfed
pertanian, khususnya dalam setengah-gersang kawasan daripada subSaharan Afrika.
Air dalam agenda penderma
Selama lebih daripada satu dekad, FAO telah menyokong untuk
pengiktirafan yang lebih baik peranan air dalam memastikan
makanan untuk semua dan membasmi kemiskinan di luar bandar, sentiasa
mengingatkan para pemimpin dunia tentang strategik
kepentingan sektor ini. sebagai hasil daripada gabungan
usaha FAO dan rakan-rakan, air untuk makanan dan
pertanian menerima perhatian yang lebih dalam penderma
agenda. Dunia pinjaman Bank dalam air untuk pertanian
kini kembali mencatatkan pertumbuhan. pada tahun 2004, kesatuan Eropah
melancarkan Kemudahan Air eu untuk negara ACP,
dengan anggaran awal sebanyak AS $ 500 juta. Yang african
pembangunan Bank melancarkan Air african
Kemudahan dengan anggaran sasaran sebanyak AS $ 620 juta. • pengurusan kawasan tadahan air Bersepadu
FAO menyokong peranan yang semakin penting bagi
mekanisme pembiayaan baru, termasuk pembayaran bagi
perkhidmatan alam sekitar, berdasarkan hasil daripada kawasan tadahan air
kajian semula pengurusan yang dijalankan oleh FAO dan rakan-rakan.
Ia juga mendapati keperluan yang lebih inklusif dan penyertaan
pendekatan dalam pengurusan kawasan tadahan air membayangkan Multistakeholder penglibatan dan proses rundingan
di kalangan akar umbi, teknikal dan kebimbangan dasar.

dasar Negara: air peruntukan untuk pertanian
FAO memberi amaran bahawa air pertanian sudah sedang
diperuntukkan kepada utiliti lain yang menggunakan sebagai perbandaran
bekalan, rizab alam sekitar dan kuasa hidro
generasi. Ini menunjukkan keperluan yang progresif
dasar pertanian di samping dasar air jika ini
peruntukan yang hendak dioptimumkan dalam ekonomi dan
segi alam sekitar.

Perdagangan dan potensi air maya
FAO menyokong negara apabila mereka menghadapi prospek
kekurangan air dan mengakui bahawa, jika air menjadi
faktor kekurangan, ia mungkin lebih wajar untuk "mengimport"
yang terkandung dalam produk secara amnya dan makanan khususnya,
terutamanya jika makanan disediakan atas terma perdagangan yang menggalakkan.
Oleh itu keuntungan, kecekapan dalam perdagangan makanan global dalam
segi penggunaan sumber air yang mungkin berlaku dan
akibat kebergantungan yang meningkat pengairan untuk
pengeluaran makanan di banyak negara, termasuk makanan
negara-negara pengeksport, perlu difahami dengan baik sebelum
komitmen dasar itu dibuat.
FAO Pengurusan Air Field Program
Unit Air FAO adalah bertanggungjawab secara langsung selama lebih
daripada 60 pada projek-projek bidang berjumlah AS $ 105 juta.
Pengurusan air tawar merupakan satu komponen beberapa
projek-projek pembangunan pertanian dan luar bandar yang
termasuk pengurusan kawasan tadahan air, perikanan darat, tempatan
pembangunan dan pemulihan kecemasan seperti Tsunami,
pembinaan semula di Iraq dan Afghanistan. Di samping itu, air
adalah merupakan komponen penting dalam Program Kebangsaan FAO
Keselamatan Makanan yang melibatkan 102 negara.
Pengurusan pengairan, saliran dan air juga
tunggak utama Pusat Pelaburan FAO yang dipertanggungkan dengan
reka bentuk dan pemantauan projek-projek pelaburan pertanian.

Wednesday 4 April 2012

HUBUNGAN AIR, MAKANAN DAN TENAGA DI ASIA


Dalam usaha untuk mencari penyelesaian terbaik kepada krisis air, kita sering terlupa tentang hubungan tiga segi di antara air, makanan dan tenaga.

Sebanyak 80% air tawar di Asia telah digunakan untuk sektor agrikultur, manakala bakinya digunakan untuk penjanaan tenaga, industri dan kegunaan domestik. Biasanya, 50% daripada jumlah tenaga yang digunakan untuk penyaliran air, yang lebih tertumpu kepada tenaga hidro dan proses penyejukan di loji jana kuasa.

Air tawar untuk bahan api bio (bio-fuels) juga mulai bersaing dengan air untuk sektor agrikultur. Ini menunjukkan hubungan tiga segi menjadi semakin sengit. Jika pihak berkuasa dan pembuat dasar tidak melihat kepada hubungan ini semasa merancang dan membuat bajet, maka hubungan ini semakin sukar untuk dikawal.

Ramai yang akan bertanya bahawa adakah hubungan ini merupakan sesuatu yang baru? Tidak, kerana ia telah pun bermula apabila nenek moyang kita mula bercucuk tanam. Sebagai contohnya tebu. Untuk menghasilkan satu tan tebu, sebanyak 250 tan air diperlukan. Manakala untuk menghasilkan satu kilogram daging, 30,000 hingga 70,000 liter air tawar diperlukan.

Pertumbuhan pesat di Asia telah meningkatkan pendapatan dan tabiat pemakanan rakyat Asia. Keperluan daging di rantau Asia telah meningkat sebanyak 700% dalam masa 40 tahun sahaja. Di China sahaja, penggunaan daging telah berlipat ganda dalam masa 20 tahun dan dijangka akan meningkat satu kali ganda lagi pada tahun 2030.

Maka, selain keperluan makanan dan air, tenaga yang diperlukan juga semakin meningkat dan sukar untuk dikawal. Bagaimana untuk memenuhi peningkatan keperluan makanan jika hubungan tiga segi ini tidak dapat dikawal dengan berkesan? Selain di Asia, dilema ini juga bakal menjadi masalah kepada dunia.

Penjanaan tenaga memerlukan 30% daripada semua air yang terdapat di Eropah dan 40% di Amerika Syarikat. Di Asia, keperluan tenaga bakal meningkat sebanyak 40% mengikut unjuran dan keperluan industri setinggi 65%.

Pada tahap pertumbuhan ini, sektor agrikultur akan menghadapi kekurangan sumber air dan penghasilan tanaman akan menurun. Di samping itu, dalam masa 20 tahun ini, dunia ini bakal menghadapi penurunan hasil tanaman makanan, kekurangan sumber air dan lebih terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Saling pergantungan antara air, tenaga dan makanan akan menyebabkan keadaan geo-politik dalam dunia ini berubah dan mengecutkan keupayaan untuk mendapatkan air tawar, terutamanya di negara-negara sedang membangun.

Air menjadi faktor yang baru dalam perdebatan keselamatan makanan dan tenaga serta merupakan elemen penting dalam hubungan antarabangsa. 40% air tawar yang boleh didapati di muka bumi ini terbahagi kepada sungai dan kawasan tadahan air yang dikongsi dan tertumpu di Mekong, Indus, Brahmaputra, Syr Darya dan Amur Darya. Namun, paras air di semua sungai yang semakin menurun ini jelas menunjukkan masa hadapan air tawar di kawasan ini amat membimbangkan.

Adakah ini menunjukkan dunia bakal menghadapi kekurangan air? Adakah pertumbuhan ekononi dan kelestarian alam sekitar bakal terjejas teruk akibat unjuran kekurangan air ini? Ya, itulah jawapan kepada semua persoalan ini.

China dan India telah membuat satu unjuran dan mendapati pada tahun 2030, jumlah kekurangan air tawar untuk kedua-dua negara ini adalah sebanyak 1 trilion meter padu. Bangladesh, Kemboja, Nepal, Pakistan, Filipina dan Vietnam merupakan negara-negara lain yang bakal menghadapi cabaran ini. Laporan yang konservatif akan melaporkan bahawa bandar-bandar besar di Asia hilang sebanyak 29 bilion meter padu air yang telah dirawat dalam setahun. Dianggarkan kerugian sebanyak AS$9 bilion disebabkan oleh prestasi sistem pengurusan air yang lemah.

Selain hubungan tiga segi ini, alam sekitar juga merupakan mangsa pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang terlalu pesat dan menjejaskan keseimbangan ekologi.

Di China dan India, kehilangan air bawah tanah berlaku di serata tempat. 50% air permukaan di aliran Sungai Hai di China tidak dapat digunakan. Di Filipina, 50 daripada 412 sungai telah ‘mati’. 50% daripada air di Sungai Ganges di India dan Sungai Kuning di China tidak lagi sesuai untuk penanaman agrikultur.

Apabila bekalan makanan tidak mencukupi, maka sosio-ekonomi akan turut terjejas apabila bandar dan industri  kehilangan daya untuk berkembang disebabkan kekurangan sumber air dan isu-isu ketidakadilan sosial akan meningkat.

Namun, masih tidak terlambat lagi untuk memperbaiki keadaan ini. Penggunaan dan pengurusan air tawar yang cekap merupakan jalan penyelesaian yang terbaik. Oleh itu, Asia perlu mengambil langkah drastik dengan membuat polisi yang dapat meningkat kecekapan penggunaan air. Sebagai contoh di Kemboja, jika negara ini dapat menurunkan air tidak terhasil daripada 72% kepada 6%, maka negara-negara lain juga berupaya untuk mencontohi usaha Kemboja ini.

Walaupun usaha ini melibatkan kos yang tinggi, tetapi sekiranya tiada ada sebarang usaha dilakukan, maka kosnya akan lebih tinggi dan seterusnya memudaratkan kehidupan. Air tawar juga perlu diberi harga yang lebih berpatutan mengikut kadar dan kos operasi. Kegunaan air tawar perlu dikawal dengan lebih ketat oleh pihak berkuasa yang akan menjamin keseimbangan di antara semua sektor yang memerlukan air.

Hubungan tiga segi ini tidak memerlukan teori yang rumit untuk menjelaskannya. Ia juga bukan sesuatu yang misteri, tetapi merupakan satu kebenaran. Ia juga merupakan satu sistem amaran awal agar tindakan segera dilakukan untuk kelestarian air di Asia pada masa hadapan.


sumber : konsumerkini

Monday 2 April 2012

Punca keracunan makanan

Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari keracunan makanan juga dilaporkan.
Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah.
Daripada segi perundangan kita mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahayanya penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan. Tetapi jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.
Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening serta gangguan perut.
Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.
Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.
Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim
  • Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
  • Roti dan kuih-muih
  • Makanan laut seperti kerang
  • Daging- lembu, ayam, ikan
  • Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.
Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
  • Makanan mentah
  • Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin
  • Makanan beku yang dibiarkan `cair' pada suasana yang panas untuk terlalu lama
  • Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka
  • Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas
  • Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
  • Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus
  • Makanan tidak disimpan segera
Tanda-tanda khusus keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti:
Keracunan oleh bakteria
  • Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur.
    Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.
Toksin

  • Cirit-birit yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang boleh menghasilkan toksin.
    Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih.
  • Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus cereus.
    Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.
  • Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar.
    Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.
  • Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur.
    Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi.
  • Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes.
    Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut.
    Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.
  • Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.
  • Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam.
  • Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku.
    Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.
Keracunan berpunca dari virus
  • Hepatitis A disebabkan oleh virus yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang ditangkap di dalam air yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
    Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan pesakit akan mengalami demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis. Bagi kes yang parah, kerosakan hati boleh berlaku dan membawa maut.
  • Norwalkvirus disebabkan oleh virus Norwalk yang didapati dalam kerang dan siput-siput yang ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia.
    Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput mentah dan dimasak tidak sempurna.
Keracunan berpunca dari protozoa
  • Giardiasis disebabkan oleh protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan najis manusia. Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.
  • Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba histolytica.
    Puncanya adalah sama seperti keracunan protozoa Giardia lamblia.
    Tanda-tanda keracunan ialah kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, cirit-birit, rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.
Punca-punca lain keracunan
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.
Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.
Cara terbaik mengelak keracunan
JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.
Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.
Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
Sebai-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.

Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.
Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
Panaskan semula makanan dengan teliti.
Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan


sumber : prn