Friday 30 March 2012

30 cara menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah

Air atau kekurangannya telah menjadi isu yang penting di Malaysia kebelakangan ini. El Nino yang berlaku pada 1997/98 telah menunjukkan kekurangannya sumber air. Beratus ribu penduduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain Selangor, Balik Pulau di Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan telah hidup dalam sengsara pemotongan bekalan air dan catuan air.TANDAS1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
  • BILIK MANDI
  • 4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • 5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  • 6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
  • SINKI
  • 7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.  Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
  • 8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.
  • TAMAN
  • 9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
  • 10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • 11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • 12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • 13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
  • 14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • 15. Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • 16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
  • 17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
  • DAPUR
  • 18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
  • 19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • 20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
  • 21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
  • 22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
  • GARAJ
  • 23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
  • 24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
  • CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.
  • 25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
  • 26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  • 27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
  • 28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
  • 29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
  • 30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di 
  • taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.



sumber : kkk

Apa itu keracunan makanan ?


Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
• Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
• Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
• Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
• Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut 
bercengkerang seperti kekerang.

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?
Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :
• Keracunan tersebut
• Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
• Umur seseorang
• Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :
• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?
Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:
• Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
• Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
• Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
• Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
• Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
• Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna.
• Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
• Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.



Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
• Sentiasa menjaga kebersihan
• Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
• Basuh tangan selepas keluar dari tandas
• Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan 
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
• Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan 
haiwan-haiwan yang lain
• Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
• Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
• Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk 
penyediaan makanan yang belum dimasak
• Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza 
untuk mengelakkan dari pencemaran silang
• Sentiasa masak dengan sempurna
• Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
• Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
• Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
• Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
• Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti 
sejuk
• Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
• Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang 
dibotolkan/berbungkus.
• Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
• Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah 
(ulam, salad)
• Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
• Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat


Thursday 29 March 2012

Air Penting Untuk Jaminan Makanan


Tahukah anda setitis air yang menitik dari pili air boleh menyebabkan pembaziran kira-kira 20 gelen air sehari manakala menyahbeku makanan menggunakan air mengalir dari pili boleh membazirkan antara 50 dan 150 gelen air sebulan?.

Menyedari sumber air sangat penting dalam kehidupan manusia, negara terus komited untuk menyambut Hari Air Sedunia 2012 dengan pelbagai program dan kempen untuk meningkatkan kesedaran mengurus sumber air secara berkesan.

Tahun ini, sambutan Hari Air Sedunia kebangsaan disambut selama lima hari di Perak dengan tema ‘Air dan Jaminan Makanan’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya air dalam penghasilan makanan.

GABUNGAN KERJASAMA

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman berkata program itu adalah objektif utama Unesco-International Hydrological Programme (IHP) Malaysia untuk mempromosi dan mengkoordinasi program pendidikan, sainstifik dan pembangunan keupayaan di dalam hidrologi dan sumber air.

“Program ini dilaksanakan melalui komitmen kerjasama rakan Unesco-IHP Malaysia bagi membentuk integrasi antara 40 rakan Unesco-IHP Malaysia dalam pelbagai aspek pengurusan sumber air secara lestari di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata program pembangunan keupayaan dan kesedaran adalah penting untuk mempromosi serta melaksanakan pengurusan sumber air bersepadu secara holistik dan berkesan.

Sementara itu Timbalan Pengarah JPS Perak Juhaimi Jusoh berkata sambutan anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Unesco-IHP Malaysia dan JPS ini berlangsung di pinggiran Sungai Kerian, Parit Buntar kira-kira 150 kilometer dari sini.

SAMBUTAN KEBANGSAAN

Juhaimi berkata banyak program dirancang sepanjang sambutan ini yang berlangsung sejak Selesa lepas sehingga ke kemuncak perasmian hari ini.

Acara sambutan termasuk pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan memasak, Hari Terbuka loji rawatan air, kolokium peringkat kebangsaan serta Anugerah Tesis Terbaik Hidrologi.

Hari Terbuka Loji Rawatan Air memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara dekat cara pemprosesan air bersih di loji-loji terpilih seluruh negara mulai 24 hingga 31 Mac.

Aktiviti menyusuri sungai, membabitkan pelajar sekolah dalam pertandingan bot berhias, juga pertunjukan bunga api, pertandingan perahu panjang dan memancing, pertunjukan aksi komando air oleh Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia dan ‘Explorace Air dan Jaminan Makanan’ turut dianjurkan.

Sambutan Hari Air Sedunia bertujuan memperbaharui tekad melaksanakan Agenda 21 dalam Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED), yang merupakan agenda global untuk beralih kepada pembangunan mampan dalam abad ke-21.

Antara lain, agenda itu menekankan bahawa kawalan kualiti air dan sumber bekalan air bersih memerlukan tindakan bersepadu dalam pembangunan, pengurusan dan penggunaan air.

AGENDA SEDUNIA

Agenda air merupakan Pelan Tindakan Sedunia yang mengandungi matlamat, prinsip, komitmen dan strategi ke arah menguruskan air yang lestari.

Hari Air Sedunia 2012 yang dianjurkan Organisasi Air Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Water) dengan kerjasama Program Penempatan Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu (UN-EP) serta mendapat sokongan Unesco ialah bagi memperkasa program ‘Dekad Air untuk Kehidupan 2005-2015′ yang bertujuan menggalakkan usaha mencapai komitmen antrabangsa dalam isu berkaitan air.

Sambutan tahun ini bermatlamat menarik perhatian antarabangsa terhadap jaminan keperluan air bagi menghasilkan makanan untuk penduduk dunia yang semakin meningkat.

Menurut laman web http://www.unwater.org, isu jaminan terhadap makanan wujud kerana semua orang pada sepanjang masa mempunyai akses fizikal, sosial dan ekonomi untuk makanan yang mencukupi,selamat dan berzat untuk kehidupan sihat dan aktif.

“Setiap orang perlu minum dua hingga empat liter air sehari. Tetapi air yang diperlukan untuk menghasilkan makanan harian seseorang itu ialah 2,000 hingga 5,000 liter,” katanya.

Buat masa ini, lebih tujuh bilion penduduk di dunia memerlukan makanan dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 9 bilion pada 2050.

“Untuk memastikan makanan mencukupi bagi semua orang, terlebih dahulu kita perlu mendapatkan jaminan air yang mencukupi dan berkualiti. Kita juga perlu mengeluarkan lebih banyak makanan yang menggunakan kurang air, mengurangkan pembaziran dan kerugian makanan serta beralih ke arah diet yang lestari,” menurut laman web itu,


sumber : kongsiberita

Tuesday 27 March 2012

Apa itu Air Alkali

Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan..Air Zam Zam  adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.
Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadiasid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.

Kepentingan keseimbang pH
Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.

Satu Penemuan Yang Hebat
Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.Apa kata pakar....:
Suatu lagi penemuan iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Dalam kajian beliaupunca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketehaui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.

Sedikit Mengenai Teori Air Ion Alkali    
Kenapa kita sakit?Adakah oksigen itu bagus? Jawapannya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap ke dalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukkan sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat. Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan elektron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam, jumlah tersebut meningkat menjadi 20%.Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri elektron-elektron daripada sel yang sihat

Sehubungan dengan itu, apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara genetiknya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.

Antioksidan menghalang oksidasi bahaya
Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan elektron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeimbangkan jumlah elektron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu sel-sel tisu yang sihat.

Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakkan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagai karsinogen yang terdapat didalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi didalam sel. Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi benteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.

Bagaimana untuk kita mengelakkan diri dari dihinggapi penyakit ?
Sewaktu proses penghazaman, bakteria-bakteria bertindak balas dengan protin, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut ;-

• Hidrogen sulfida
• Ammonia
• Histamin
• Indoles
• Phenoles
• Scatoles


Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfidadan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.

Justeru itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan.

Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan, disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan berlebihan. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkanoksigen aktif itu tadi.

sumber : myzyrconblog

Monday 26 March 2012

Dasar jamin bekalan air dilancar

Dasar Sumber Air Negara (DSAN) bagi tempoh 2010 hingga 2050 dalam menentukan hala tuju masa depan untuk sektor sumber air berdasarkan kajian semula sumber air negara dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Muhyiddin berkata, DSAN penting ke arah merintis proses memastikan bekalan air yang terjamin pada era pembangunan ekonomi negara, khususnya sektor pertanian dan perindustrian, pertumbuhan perbandaran dan pertambahan penduduk yang pesat.

Katanya, DSAN yang disedia berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara bagi 2010 hingga 2050, turut menetapkan prinsip asas sumber air negara yang menyentuh isu air untuk makanan dan pembangunan luar bandar dengan jelas.

“Prinsip itu menekankan mengenai perlunya sumber air yang mencukupi untuk jaminan bekalan makanan selain membantu menaik taraf pembangunan di kawasan luar bandar,” katanya berucap merasmikan dan melancarkan Sambutan Hari Air Sedunia 2012 peringkat kebangsaan bertemakan ‘Air dan Jaminan Makanan’ dan DSAN di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, di sini, semalam.

Beliau diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang turut menyampaikan Anugerah Tesis Sumber Air dan Hidrologi kepada pemenang Dr Farah Aini Dahalan yang merangkul Anugerah Emas Doktor Falsafah Terbaik, Roslan Zairi Mostapa (Anugerah Emas Sarjana Terbaik) dan R Gillian Eve (Anugerah Emas Sarjana Muda Terbaik).

Muhyiddin yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia berkata, beliau berharap pelbagai langkah strategik untuk mengenal pasti dan menambah sumber air negara, termasuk sumber air bawah tanah yang dikenal pasti berpotensi menjadi sumber alternatif menampung permintaan air di negara ini.

“Laporan awal oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapati isi padu air tanah yang tersimpan di Malaysia dianggarkan berjumlah 5,000 bilion meter padu yang mempunyai nilai komersial sebanyak RM7.5 trilion.

“Sehubungan itu, saya berharap kajian serta pembangunan sistematik dan menyeluruh terhadap sumber air bawah tanah, selaras dengan kaedah pengurusan air bersepadu, dapat dipertingkatkan bagi membantu merealisasikan jaminan bekalan air seterusnya jaminan bekalan makanan di negara ini pada masa depan,” katanya.

Katanya, Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) melaporkan ketika ini hampir satu bilion penduduk dunia berdepan masalah kekurangan makanan dan nutrisi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, sebahagian penduduk Perak, Pulau Pinang dan Kedah yang tinggal berdekatan Sungai Kerian akan mendapat faedah besar selepas kerajaan meluluskan peruntukan RM490 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kerian yang kerja utamanya membabitkan pembinaan benteng sungai sepanjang 300 kilometer dan rumah pam.


sumber : n9kini